Hantu dalam Islam Hantu

Dalam Islam, hantu lebih dikenali sebagai makhluk yang dicipta daripada lidah api tidak berjelaga, iaitu jin. Tidak disangkal, syaitan juga dicipta daripada lidah api tidak berjelaga. Dalam kefahaman orang Islam, syaitan hanya menggoda manusia untuk melakukan kejahatan. Syaitan tidak merasuk badan manusia sepertimana jin merasuk badan manusia.

Sekiranya jin merasuk badan manusia, terdapat dua kemungkinan. Pertama, jin itu menurut arahan daripada tuannya (pembela saka) untuk mengganggu orang yang dimusuhi kerana dendam atau iri hati. Kedua, bomoh/pawang itu sedang melakukan ritual menurun. Situasi menurun yang dialami oleh bomoh/pawang ialah keadaan jin menjadikan badan bomoh/pawang itu sebagai perantaraan untuk rawatan tradisional.

Memang dipercayai tempat bermastautin jin di alam ghaib. Maksud ghaib ialah tersembunyi atau lebih tepat lagi manusia tidak boleh melihat alam jin. Walaupun alam jin ialah alam ghaib, tidak bermakna jin tidak boleh menjelma di alam kenyataan kehidupan manusia. Jika jin tidak boleh menjelma di alam realiti manusia, tentu pembela saka dapat berdamping dengan jin, tentu bomoh/pawang tidak boleh melakukan ritual rawatan tradisionalnya iaitu menurun.